Anda yang lain pula bagaimana? Ada pengalaman yang berbeza tak?
Disini saya paparkan di antara pendapat yang bagi saya munasabah
Saya ada cara yang lebih baik untuk mendapatklan untung dengan loan asb ni…sebenarnya tak susah mana, kita cuma kena pandai memanipulasikan tempoh pinjaman sahaja. contoh buat loan 20k selama 10 tahun, tapi kita cuma buat 5 tahun sahaja, tetapi boleh dapat sampai 18k…
tak percaya? begini….
Plan A:
buat pelaburan yg anda rasa anda mampu… contoh, buat pinjaman dengan loan maybank tu sebanyak 20k selama 10tahun…sebulan anda byr 210 dgn bank…ok kita tgk selepas 5 tahun jika anda langsung tidak keluarkan apa2 dividen yg anda dpt… Dgn anggaran 7% sethn, dijangka akaun anda akan menjadi rm28,051…so, maknanya dividen anda dah 8,051.
Saya cadangkan kepada anda supaya berhenti setakat itu dan buat permohonan dengan maybank utk stop. Maybank akan bayar separuh daripada 20k tu kerana anda hanya byr 5 tahun daripada 10thn. Maknanya anda dapat 10k…Jika dijumlahkan ketika itu, akaun anda kini telah menjadi (10k + 8,051 = RM18,051). Jika dikira, anda cuma byr sebyk (210 x 12 x 5thn = 12,600). Dan anda telah bebas dengan hutang ketika itu…bukankah ini lebih baik?
Plan B:
Jika anda berhasrat nak teruskan membyr sebyk 210 tu sehinga habis tempoh pinjaman (10 thn), saya cadangkan anda ikut plan A di atas. Selepas itu, anda buat pelaburan baru dengan jumlah yg sama iaitu 20k juga selama 10tahun. Ok, kita tgk berapa keuntungannya…akaun anda ketika itu sudah 18,051, dan campur dengan pelaburan baru 20k ianya menjadi 38,051. Angarkan dividen 7% sethn…kita lihat apa jadi 5 tahun selepas itu…
38,051, selepas 5 tahun akan menjadi 53,368. Apa akan jadi jika anda buat semula plan A di atas? Maksud saya, anda berhenti saja ketika itu. 53,368 – 38,051 = 15,317. Bermakna jumlah dividen dlm tempoh 5 thn itu adalah 15,317. kita asingkan duit pokok (18,051) yg asalnya ada dlm akaun anda supaya anda tidak keliru.
Baik, seperti mana di Plan A, di Plan B ini anda hanya byr 5 tahun drpd 10thn, bermakna anda hanya mendapat separuh drpd maybank iaitu 10k sahaja. Ok, kita jumlah semuanya sekarang…10k + 15,317 + 18,051 = 43,368. Berbeza dengan jika anda buat pelaburan 20k tu sampai la 10thn tanpa berhenti…kelebihan buat Plan A ni, anda ada cash dan boleh dikeluarkan anytime jika anda benar2 terdesak…dah faham bukan?
Ok…kita cuba dengan Pelaburan 50,000
Kali ini, buat pinjaman dengan loan maybank tu sebanyak 50k selama 20tahun…sebulan anda byr 315 dgn bank…ok, katakanlah dalam akaun anda dah ada 50k, bila dah buat loan 50k yang ni, so…dah jadi 100k la kan, bermakna dividen anda dikira berdasarkan simpanan 100k. Ok kita tgk selepas 10 tahun jika anda langsung tidak keluarkan apa2 dividen yg anda dpt… Dgn anggaran 7% sethn, dijangka akaun anda akan menjadi rm196,715…so, maknanya dividen anda dalam tempoh 10 tahun tu adalah 96,715….wah, banyak kan?
Saya cadangkan kepada anda supaya berhenti setakat itu dan buat permohonan dengan maybank utk stop. Maybank akan bayar separuh daripada 50k tu kerana anda hanya byr 10 tahun daripada 20thn. Maknanya anda dapat 25k…Jika dijumlahkan ketika itu, akaun anda kini telah menjadi (25k + 96,715 = 121,715). Dan akaun asal anda yang 50k tu jika dicampurkan dengan hasil pelaburan ini, menjadi 121,715 + 50k = 171,715. Jika dikira, anda cuma byr sebyk (315 x 12 x 10thn = 37,800). 121,715 – 37,800 = 83,915 (keuntungan anda). Dan anda telah bebas dengan hutang ketika itu…hehe
Cuma, ingat jika anda memang telah ada simpanan dalam akaun, anda boleh cuba menggunakan cara yang terakhir itu…Memang berbaloi baloi…
kredit pada saudara urus wang.wordpress kerana membuka topik ini..
berdasarkan soal jawap kalian persoalan yang bermain difikiran saya selama ni telah terjawap..
Tahun baru yang penuh azam baru

9 comments:
ramai gak yang ambil dan ramai juga tak ambil sebab berpandangan bahawa asb tak mengikut syariah..... apa-apa pun buatlah pilihan yang terbaik...
Thanks My Followers
Dengar le Muzik
thanks sharingfoz..
yerla mcm-mcm pendapat yg saya baca..
Setelah mentelaah kesemua pndapat, saya berasa yakin..
Sebelum ni saya was was..mmg tak rugi cari ilmu pengetahuan sebelum membuat loan ni
terpulang...idea da ade...
heheheh
tu la zedi...setelah ku pikir pikir..
ku pikir pikir...
ade gak dengar pasal bende nie...ramai gak yg buat.....akak rase pun cam nak buat jgak...tapi tak terbuat2 hehheeheh....last2 potong duit tiap2 bulan masuk ASB jek hihihihi
akak ape tunggu lgi.jom buat jom..hehehe
beshnya info ni...nnt nk linkkan entri ni dlm blog lana boleh? ^^
selepas setahun amik loan asb ni, ape pendapat awak? cmne pengalaman awak dengan loan asb ni?
Saya buat loan 200K max ASB..
ok jew, nak simpan2 bulan?? pelan2 kayuh la . tahun bila nak dapat 200K?
Dividen yg dapat tuh duit free ja, tak guna duit kita pun. 1 tahun pertama teruk byr, kedua dividen cover dah
yang paling penting, feadah loan asb berdasarkan baki hutang. bukan seperti personal loan
Post a Comment