Wednesday, May 9, 2012

Apa dosa kanak-kanak ini sehingga di dera sebegini?

Sedih yang teramat sangat selepas aku tegok video ni..... Meremang jugak bulu roma aku.. Itupun aku dengar secara silent.. kalau buka sound mesti dengar suara anak tu menangis......
Apalah daya dia..nak mempertahankan diri pun tak boleh apatah melawan?
kenapa engkau terlalu kejam wahai wanita yang melakukan itu?
Tidak kasihankah engkau melihat dia mengerang kesakitan?

Tidak rasa berdosakah pada Allah?

Jika engkau tertekan, anak itu jugak tidak minta dilahirkan di dunia seperti mana yang engkau rasa untuk menerima kesakitan seperti itu,
Sedih sebab benda ni tak pernah berakhir.. Esok lusa pasti ada lagi kes seperti ni...
http://www.youtube.com/watch?v=e8EtCdo-rEo (klik utk melihat kekejaman perempuan tu...tapi aku dah tak sanggup nak tengok)

**** aku marah anak aku pun,, datang kerja tak senang hati asyik teringat kat dia.. :(

Monday, April 23, 2012

Preloved - Carlo Rino handbag (leather)

Nak tolong my sis clearkan barang sebab nak pindah rumah..
siapa yang berminta leh email or mesej :)
onniey84@yahoo.com



Warna : merah cili
Condition : like new
Price : RM 370 exclude postage
COD Putrajaya

Preloved Item -- Shoes (NOSE)

Nak tolong my sis clearkan barang sebab nak pindah rumah..
siapa yang berminta leh email or mesej :)
onniey84@yahoo.com



Colour : Grey
Snake Skin
Size : 6
Jarang pakai
Like New.. cantik sangat..
Price : 35 Only + postage rm 6
Cod putrajaya


Saturday, February 18, 2012

Lukisan budak umur 4 tahun

Tajuk : Jalan-jalan di tepi tasik..
Pandai-pandai jer mama beri tajuk.. sebab nampak kura2 & ikan.. ehh tapi sesat pulak pokok kelapa tu.. ehh ada gunung ganang pulak kat belakang.. seram tengok gunung tu.. 'orang' lak ada peningkatan, dari tangan kaki lidi, sekarang dah ada isi..hahah ok lah tuu.. Alhamdulillah alya dah pandai tulis nama sendiri..walau ALYA jer..syukur
dapat 5 bintang dari tok wan..heheh

Wednesday, February 15, 2012

Alya kemungkinan Asma?

Selalunya asma ni terjadi dari kecik kan... So orang dah tau dah keturunan.. Alya baru jer jadi di kala usia menjangkau 4 tahun... Sedih tengok dia masa baru kena.. Hanya Allah yang tahu.. Dengan nafas dia yang turun naik sampai perut dia kempis naik kempis naik.. gerun sungguh aku tengok.. dah tu kaki tangan sejuk.. tak boleh bercakap pulak..dengan nafas bunyi sangat kuat.. peritnya mama dengar, apatah lagi anak mama yang menanggungnya, Masa sampai hospital tu, terus doktor bagi rawatan kecemasan, lepas masuk gas, Alhamdulillah, Alya dah ok sikit2.. Yang buat aku terkejut, doktor kata nasib bawa anak cepat2 ke hospital.. bengkak di kerongkong alya sikit lagi nak tutup... hah tutup apa? saluran pernafasan..sbb tu alya susah bernafas.. Allah hu Akbar.. rasa mcm nak pengsan doktor cakap macam tu.... Lepas tu alya kena tahan wad.. 3 hari jugak duk dekat wad.. aktif bukan main dia walau pun sakit.. lepas dua minggu keluar ada appoiment pakar, lepas sebulan kena pergi lagi. pakar kata kemungkinan alya baru nak jadi asma... Kesian kat alya, lepas ni dah tak boleh main2 sangat, takut penat dia berulang.. semalam dah jadi buat kali kedua.. yang peliknya penat dia jadi masa baru bangun dari tidur.. bukan tengah berlari ke atau main apa2..
Harap2 anak mama bebas dari asma... mungkin faktor cuaca, batuk or selsema.. Takut jugak kan.. dah la hospital jauhnya boleh tahan....



Wednesday, February 1, 2012

Syukur....Alya tak pernah liat pergi school

Alhamdulillah..... syukur sangat... walau dia paling muda usia 4 tahun, dari first day lagi dia tak pernah nangis... 
Hari pertama pun aku tak tunggu dia langsung... ok jer balik cerita ada kawan dia nangis.. ada yang tak nak cakap langsung.. esok tu tanya cikgu alya ok tak.. cikgu alya tk pa.. baik jer cuma rajin sembang..hahah.. itu mmg betul.. alya ni mmg ramah tamah.. dgn sesiapa pun dia on jer..baru jumpa sembang mcm kenal lama..sebijik turun apak dia..heheh
now dah masuk sebulan alya pergi school.. tak pernah ponteng lagi.. cuma kadang tu time bangun pagi jer liat sikit.. tak nak mandi sendiri nak mama juagk yang mandikan.. termasuk sabun dan gosok gigi.. semua mama yang buat... 
Moga2 anak mama  belajar rajin2 sampai besar nanti yer sayang..
mmmmuahhhhhhh!


Friday, December 23, 2011

Kisah Sedih -Kitty yang dah pergi buat selama-lamanya tanggal 8/12/2011

Kitty, masa ni baru jumpa dia... kurus sangat...
Masa ni selepas 2 bulan bela dia..da berisi sikit.. muka garang tapi mmg garang pun... tapi BAIKK sangat...
Antara banyak2 kucing, dia jer tak pernah kacau time kami semua makan.. mmg good girl
Gambar terakhir Kitty- sedih dan sayu sangat tengok gambar ni..
Gambar ni masa aku nak pergi buang dia... Tapi tak sampai sehari aku teringat dan pergi cari dia semula..tapi malangnya tak jumpa.. Tiap2 hari aku pergi cari dia.. masuk hari kelima, berkat berdoa selalu, mintak pada Allah semoga ketemukan Kitty balik, Alhamdulillah jumpa kitty kat tempat yang sama.. anak aku panggil nama dia, dengar dia menyahut kat bawah tu.. terus aku lari pergi dapatkan dia..tengok muka dia mcm phobia sangat, MAAFKAN AKU.....
Masa dalam kereta, kitty tak habis cium tangan aku, tak pernah dia kelakuan mcm ni sebelum ni.. dalam kereta, aku senyum tak hengat.. Alya pun happy sbb jumpa kitty balik.. seminggu kat rumah aku masih tak hilang phobia dia.. asyik ngekori aku ja ke sana-sini.. 
dan selepas dia baik dari sakit ulser mulut, dia termakan racun kat rumah aku..tak tahu la dr mana racun tu, sampai berbuih mulut dia.. sedih kitty tak dapat diselamatkan dan telah pergi buat selama-lamanya....
semoga engkau tenang disana kitty..

Kitty 

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday - Alya yang dah jadi kawan aku ;)